Monday, January 31, 2011

.: muhasabah diri :.


Seawal tahun ini bermula, aku terasa sangat penat. Genap sebulan hari ni, aku cuma pernah bercuti 2 hari. Kerja di hujung minggu dan tesis yang menyempit di kala sedikit lapang menjadikan aku agak pening dan stress. Aku tak suka bila aku berada dalam situasi mcm ni. I need a break. Aku akan ke Bangkok untuk berpoye-poye bersama kawan-kawan. Doakan aku selamat pergi dan pulang.


Beberapa perkara yang berlaku menjadikan aku selalu tidak berpijak di bumi nyata. Dah terbang ke mana pun aku tak sure. Antara yang mensentapkan hati aku..


1. Kehilangan pakcik kesayangan aku. Merangkap teman setia tempat membebel dan tempat meminta nasihat. Aku sangat hargai kehadiran dia dalam hidup aku.

"Mamu, saya rindu sangat kat mamu. Bila mamu takde, saya terasa separuh dari jiwa saya hilang. Saya tahu.. saya banyak bergantung dengan mamu. Mamu lah teman bergaduh, pakar rujuk saya yang paling setia dan ikhlas. I don't wanna let u go.."


2. Bergaduh dengan agensi tempat aku nak jalankan kajian. Pernah di buat dek orang tak?. Mesti En. J tu bengang gile dengan aku. Sudahnya aku tak dapat siapkan tesis. Keputusan akhir ialah aku extend. Aku sangat sedih dengan keputusan ni sebenarnya. Sebab aku dah plan untuk habiskan tesis ini secepat yang mungkin. Aku dah rasa nak muntah hijau. Tapi perancangan Allah pastinya lebih baik untuk aku. Aku cuba fikir sepositif yang mungkin. Mesti penyelia aku tu nak aku dapat A+, jadi.. bila aku ada masa lagi panjang ni, aku bole la buat sehabis baik kan? kan? kan? lalalalala...


3. Tensen dengan kerja yang tak sudah-sudah. Bukan saje aku, malah sebenarnya satu opis turut merasa bahangnya. Jadual aku sebenarnya sudah pack hingga bulan 4.Nasib baik kami semua akan bercuti dan berpoye-poye ke Bangkok. Semoga kami semua akan ceria dan terus bersemangat. Caiyok!!


4. Bakal kehilangan kawan rapat . Ini berita petang tadi.Sedang aku menahan air mata, dia datang..

Bespren : "Kak hena, saya ada berita sedih"


Aku : "Kenapa babe?"


Bespren: "Ni bos baru bagitau tadi. Saya kene tukar bahagian lain."


Aku : Ha?!!! Huwaaaaaaaaaaa!!! Tak mauuu!!



5. Aku rasa dalam diri aku ada rindu. Tapi.. rindu ni perlu di semai dan di baja. Barulah dia akan mekar dan terus subur dalam diri aku. Aku cuba baja seorang diri dan aku rasa tak cukup... Aku tak nak rindu ni hilang dari diri aku..tak nak sangat.



Aku nak sepikan diri buat seketika
..............

Sunday, January 23, 2011

.: alma mater :.


Dalam akhir bulan 11 tahun lepas sebenarnya aku ada berkunjung ke alma mater aku. Rindu sangat nak berada semula zaman stadi dulu. Kebetulan aku ada sedikit hal nak di uruskan dan berjumpa student tersayang. Jadi aku amik kesempatan ni untuk masuk dan snap pic. Pertama sekali aku jalan kaki ke fakulti lama aku.


Fakulti


Yeay! Kat sinilah aku belajar dulu. Aku ingat lagi taklimat pertama dari sorang lec, dia bagitau kami semua ni takkan keluar jadi cikgu walaupun berada di bawah fakulti pendidikan. Aiyark! Aku seronok dan kawan-kawan yang lain senak perut. Kakaka..sebabnya aku tak pernah berminat nak menjadi cikgu. Tapi.. ada je coursemate aku yang jadi cikgu.


Zaman belajar kat sini sebenarnya adalah antara kenangan yang aku takkan lupakan. Aku mengalami culture shock dan gila kuasa pada semester pertama dan kedua. Semua jawatan aku pegang dan sangat tidak reti duduk diam. Kawan-kawan panggil aku YB, sebab terlalu bz dengan aktiviti. Sampailah pada sem ke 2 result aku jatuh merudum dengan bahagianya. Aku terkejut dan terus letak semua jawatan.


Library


Err.. tempat yang hanya rajin di kunjungi menjelang musim exam kekeke. Sebenarnya aku lebih suka pegi perpustakaan awam negara sebab buku-buku kegemaran aku banyak kat situ. Buku pertama yang aku pinjam dan copy ialah buku Dale Carnegie - How to stop worrying and start living. Entah macam mana aku terjumpa buku ni dan jatuh cinta.


Ada sekali tu aku pergi sorang diri ke national lib ni dan terleka hingga ke petang. Aku balik sangat lambat dan pakcik bas hanya boleh hantar aku di area fakulti. Aku turun bas dalam keadaan sangat sedih dan takut sebab sorang diri malam-malam bute. Luckily pakcik bas kesian dan patah balik semula dan hantarkan aku sampai ke kolej kediaman nun di atas bukit sana. Huhu terima kasih pakcik!


Tempat Lepak


Tempat ni dulu tak berbumbung dan merupakan tempat jamming yang paling glem kot?.Ada persembahan setiap petang rabu. Aku tak berapa suka lepak kat sini. Aku hanya akan datang ke sini kalau nak makan yong tau fu kegemaran aku. Setentang dengan tempat lepak ni ada cafe. Aku pun dah tak tahu sekarang tempat ni jadi tempat apa.



Dewan Konvokesyen


Yes! Kat sini berakhirnya zaman belajar aku yang sangat best. Dewan konvokesyen ini pernah terbakar *huk huk.. siyan dia *. Aku jogging pada pagi kejadian dan aku terasa dewan ni nampak lagi lama dari biasa (kaler bangunan yang sedia kelabu nampak lagi kelabu asap). Kemudian aku heran kenapa la ramai orang depan dewan ni di pagi bute hujung minggu yang sangat syahdu. Setelah sampai ke bilik, barulah aku tahu rupanya dewan ini terbakar. Huhuh

Aku ingat lagi masa beratur untuk mengambil jubah. Aku dan sorang kawan baik turun seawal jam 7 pagi. Ingatkan paling awal la kunun. Alih2 rupanya orang yang ke 800 lebih. Sudahnya, beratur sambil duduk. Tak kuasa nak jenuh berdiri.

Kawan Aku : Alaa.. kene beratur lagi. Dah le selama ni dalam universiti ni asyik kene beratur je.

Aku : Pah ( nama betul ) ni la perkara paling last kita buat kat universiti ni. Lepas ni kita takkan beratur macam ni dah. Takde dah nak tengok muke pak gad ke apa ke. K. Hena nak buat ni dengan hepi ( ayat sentimental )

Jadi.. aku beratur dengan senyum..


Tempat lepak lepas kelas


Ini tempat lepak kegemaran aku. Oleh kerana aku dari fakulti pendidikan, kelas akan bermula seawal jam 8.00 pagi bagi setiap semester ( train jadi cikgu, jadi kene bangun awal ). So, hampir setiap hari aku ke sini sebab kelas sememangnya habis awal. Aku ingat lagi first time aku sampai ke Midvalley ni, aku pening sebab terlalu besar dan luas. Rasa macam tobat je nak pegi lagi. Alih2 aku kerja kat sini, hampir setahun jugak n sangat xpert dengan kedai-kedai kat dalam ni. Salah satu pebret place aku ialah MPH. Aku selalu sorang-sorang ke sini. Duduk antara celah-celah rak dan baca buku-buku kegemaran aku. Aku boleh lepak berjam-jam kat sini.

Sekarang dah kerja kat kedah, aku susah nak jumpa MPH. Kalau ada pun hanya di SP. Kecik tet pun kedainya. Aku tak suka ke BORDERS sebab takleh lepak merata. Kena baca buku kat tempat yang di sediakan sahaja. Sungguh tak flexible untuk peak hour. Sekiranya anda nak bersila sesuka hati atas lantai tu.. sila ke MPH ye.



Aku sebenarnya tengah syahdu malam ni, tu yang mengimbas kembali zaman belajar. Ada sesapa tak suka zaman belajar?





P/S : Pengalaman adalah pelajaran terbaik kalau kita boleh mengambil iktibar darinya..

Monday, January 3, 2011

.: wahai suami :.

Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan jalan yang gelap hitam kelam

Tapi jalan yang lurus panjang

Mungkin agak kabur dalam siang

Mungkin cuma terang kala malam



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan cinta murahan pada gadis genit jalang

Bukan dengan isteri milik orang

Juga bukan pada lelaki kendo haram

Tapi cinta suci pada ikhlas kasih sayang

Terserlah dari matanya yang dulu bersinar terang

Kini layu hampir malap diam



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan pada cinta murahan sebentar cuma

Tapi cinta yang sudah kau semai sekian lama

Pada akad yang kau lafazkan tika malam pertama

Pada kasih yang tuaikan dengan rela



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Isteri dan anakmu menunggu sabar

Walau dalam diam ada getar

Nyata terhiris juga hati yang tegar

Harapnya kembali sembuh semua yang tercalar



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang?



p/s: Dedicated 4 my best fren :). Aku harap engkau mengerti...