Saturday, November 20, 2010

.: perjuangan yang belum selesai :.


Sewaktu entry ini di taip aku sebenarnya masih lagi menyiapkan tugasan. Biasa la, aku kan student. Aku mencari2 masa untuk blogging


Kalau aku di opis, aku mmg tak bole stadi. Aku teringin sebenarnya nak jadi macam opismate aku. Kalau kami semua (merujuk kepada rakan2 seopis) kena paksa pegi dengar ceramah yang sangat memboringkan dan hanya mempunyai perkaitan yang sipi2 dengan kami, kawan aku (senior aku sebenarnya) mesti membawa semua tugasan kelas ataupun membawa nota untuk di baca.


Ala.. aku sangat2 jeles kerana dia boleh menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Kalau aku jeles, aku akan bawa nota aku bersama, dengan harapan bila dia khusyuk membaca aku turut tertarik untuk membaca bersama dengan dia. Malangnya... aku tak reti. Tiap kali aku cuba untuk khusyuk.. aku akan terasa mata penceramah memandang aku dengan tajamnya hingga menusuk ke ulu hati. Dan hati dia berkata "Bertuah punya budak!. Aku ceramah kat depan ni kau tak nak dengar, kau baca buku lain lak tu?!!".


Memikirkan tentang itu, aku akan terasa amat bersalah dan kesian dengan penceramah. Aku akan cuba membeliakkan mata aku dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada beliau walaupun aku sebenarnya tidak paham langsung.Huhuhu.


Dan sekarang aku di rumah. Dulu sewaktu memula aku amik keputusan untuk belajar, aku dah berfikir2 sendiri.Tiap2 malam aku akan ke library untuk stadi. Yer!Aku buat semua tu untuk satu semester sahaja. Lepas tu aku tak larat dan aku tensen. Gara2 kereta comel aku kena calar masa parking kat library. N aku agak takut bila kadang2 aku terlajak berada di library hingga pukul 11.30 mlm. Mula la takut nk jalan ke kereta yang agak jauh.


Untuk sem ke 2 aku tukar strategi. Aku kena stadi kat rumah je. So.. aku beli satu meja. Tak cukup satu meja, hosmate aku carikan aku satu lagi meja. Satu meja aku letakkan buku2 aku. Errr..dah menimbun buku aku atas meja tu. Satu lagi meja untuk aku letak lappy aku. So.. ia bertahan untuk satu semester jugak.Haishh..


Untuk mengelakkan aku merasa boring, aku cuba stadi kat ruang tamu dan bergilir dengan dalam bilik. Sekarang ni.. aku dah bosan stadi kat meja. So.. aku stadi kat katil pulak. Errm.. kamu rasa tahan berapa lama ye? Satu semester ke, satu jam?




P/S : Aku target yang terbaik untuk tesis ni.Huhuhuh.Doakan aku ye?

Sunday, November 7, 2010

.: banjir II :.


Ini merupakan pengalaman pertama aku berdepan banjir di tempat sendiri. Tahun 2006 aku ke Pagoh untuk misi khidmat masyarakat di sana. Kali ini merasai sendiri sangatlah berbeza dengan sekadar pergi melihat dan menolong. Walaupun rumah aku tak banjir, nak tak nak aku turut merasai kesan dari itu. Akibat dari jalan yang terputus hubungan, minyak di stesen minyak habis, bekalan makanan habis, duit di ATM juga habis, kedai banyak yang tutup, orang ramai mudah panik dengan sebarang rumours yang terbaru.


Menakutkan sebenarnya bila keadaan sebegini berlaku. Aku yang bujang ini takde masalah kerana harus memikirkan diri aku sendiri. Bagaiamana dengan mereka yang berkeluarga dan mempunyai ahli keluarga yang ramai?Kesian kan?



Kali ini aku turut terlibat dalam misi khidmat masyarakat. Turun bermain lumpur mencuci rumah dan barang- barang yang masih boleh digunakan. Sedih melihat mangsa banjir yang murung kerana kebanyakan barang rosak. Almari, kerusi atau sebarang perabot kayu yang murah memang akan rosak teruk. Pinggan mangkuk, tong gas akan hanyut. Peti ais, mesin basuh jugak akan terapung. Sekiranya sesudah banjir terlihat barang sendiri berada di rumah jiran sebelah or selang 2 3 rumah, sudah tentu tidak gamak untuk mendakwa barang itu milik sendiri. Terpaksa mencuci barang-barang yang ada dalam kawasan rumah sahaja yang juga kadang-kadang merupakan barang orang lain yang hanyut.



Lumpur yang di tinggalkan oleh banjir bukan lumpur biasa ketika main bola di padang yang lecak. Perlu di berus dengan betul barulah kotoran hilang. Kebetulan kawasan yang aku terlibat ini tidak ada bekalan air kerana masalah loji. Air perlu di angkut. Cubalah bayangkan rumah yang berbau busuk dan lumpur yang tebal yang perlu di cuci tetapi tidak ada bekalan air. Sangat sedih melihat berlori-lori barang-barang yang rosak di buang begitu sahaja.



Kerja-kerja mengasingkan barang-barang yang masih boleh digunakan


Perabot dan barang- barang yang di penuhi lumpur


Barang-barang yang di buang. Ini adalah pic hari ke dua setelah beberapa lori mengangkut barang -barang rosak


Kerja-kerja mencuci barang dengan menggunakan air recycle



Kebetulan rumah yang aku pergi ni tidak begitu banyak barang kerana hanya di huni oleh satu pasangan. Bagi rumah lain yang ada banyak barang, kerja mencuci akan semakin rumit kerana ketiadaan air. Kesian betul..


p/s : Semoga keadaan kembali pulih sepenuhnya... amin

Tuesday, November 2, 2010

.: banjir :.


Opis aku banjir.Huhu. Kat sini ada beberapa pic..

Ini adalah pic sungai sebelah rumah aku.Huhuhu. Sangat takut melihatnya


Ini adalah kawasan dalam opis aku. Bumbung saje yang nampak..huwaa!!


Air sungai yang sangat deras


Operasi menyelamat di kawasan sekitar, sangat kasihan melihat orang tua dan kanak-kanak



Banyak urusan rasmi yang terpaksa di tangguhkan. Sekarang dekat opis pun hanya ada 2 3 orang sahaja. Yang lain tak dapat datang kerana jalan terputus kerana banjir




p/s : Semoga banjir semakin surut dan keadaan kembali seperti biasa, sama-samalah kita berdoa ..