Saturday, April 24, 2010

.: dalam hati ada .....? :.


Sebenarnya aku terbaca status seorang kawan di YM, dia text "dalam hati ada taman"



So, aku pun tanya dia. Setelah menjadi csi yang tak berapa pakar aku pun mendapat jawapan. Rupanya ayat tu adalah dialog dalam cerita Adnan Sempit. Aku tak tengok lagi cerita ni. Entah la kenapa, bila baca tajuk filem tu, tak terasa nak tengok pun. Walaupun aku tahu dan sudah di beritahu berkali-kali bahawasanya cerita ini sangat la kelakar tergolek-golek.



Berbalik kepada tajuk entry, aku terus terfikir-fikir apa yang ada dalam hati aku sekarang?.Hurmm...



1. Aku serabut, sebab terlalu banyak kerja yang datelinenya sudah hampir

a. Report pratikum yang perlu di hantar pada 2/5/2010
b. Take home exam yang perlu di hantar pada 2/5/2010
c. Paperwork yang perlu di hantar pada 25/4/2010, iaitu esok


2. Dalam hati aku tengah ada perasaan sakit hati dan menyampah pada seorang laki orang yang sibuk mengorat aku. Rasa macam nak campak dia dalam laut bagi makan jaws. Aku tak layan pun dia tak faham bahasa. Jadi..? Apa yang dah aku buat? Aku buat seperti dia tidak wujud dan meneruskan hidup seperti biasa. Aku tak minat untuk menyakitkan hati aku sendiri dalam tempoh yang lama.


3. Dalam hati aku terasa rindu sangat dengan femli dan setelah semua report di hantar.. aku akan cuti dan pulang ke terengganu. Yes!!



4. Dalam hati aku sekarang aku rasa ada
missing part tapi aku tak sure apa.



5. Oleh kerana aku ini seorang yang santai, aku masih ingin bermain-main walaupun kerja sudah menimbun. Aku tak reti untuk fokus kepada sesuatu perkara terlalu lama. Aku take a break sekarang ni dengan menulis blog dan menyuruh pakse pakcik ni lukis muke aku.




Heh!


Masa mengarut sudah tamat. Jadi aku perlu samung buat kerja aku. Caiyok!Caiyok!



P/s: Aku tak bayar pun upah kat pakcik tu lukis muke aku :(. Jahat kan?

Tuesday, April 13, 2010

.: kolestrol oh kolestrol :.


Di tempat kerja aku, semua staf yang berusia 40 tahun ke atas di sarankan untuk membuat profile kesihatan. Ye la, dah semakin berusia, jadi kesihatan sangat perlu di jaga. Maka, ramailah staf yang pergi membuat profile. Berduyun-duyun.



Lebih kurang seminggu, result profile akan di hantar ke jabatan. Aku yang tak cukup umur membuat profile ni menjadi teruja. Teringin gak nak buat. Lebih-lebih lagi setelah mendengar berita ini:



Kakak opis aku : "Eh, Cik Hena, tau tak? En. Polan bin Polin tu.. yg keje kat jabatan tak bole blah tu, kurus macam Cik Hena
gak, tapi........ kolestrol dia tinggiiiiii!!"*samil kedip-kedip dan beliak mata kat aku*


Aku : Erk!*gulp*


Kakak opis aku : Eii.. takut kan Cik Hena, ingatkan kurus tu sihat. Tapi.. rupanya banyak kolesterol. Sebab tu la berat tak naik
walaupun makan banyak


Aku :*pensan*



Aku pulang ke rumah dengan azam yang kuat untuk mengawal pemakanan dan nak buat profile.Tetapi usaha untuk membuat porfile gagal kerana tak cukup umur.Apa ni? Ingat orang yang umur 40 je ke yang jaga kesihatan?Orang muda pun jaga kesihatan gak lak.


Huh!


Jadi, pagi sabtu yang damai lagi indah aku telah memulakan menu sihat aku.



Sarapan pagi - roti celup telur bakar



Lunch- sup telur


Cucur ikan bilis n keropok untuk minum petang

Nota : cucur ikan bilis di campur telur




p/s: Aku dah tak bole tengok telur. Rasa nak keluar isi perut.

Saturday, April 10, 2010

.: hati manusia itu tamak :.


Aku bercakap tentang aku yang tamak.


Semuanya aku mahu.


Huh! tamak betul. Nak kene sekeh ini orang.


Antara kerja dan belajar. Keduanya sangat penting pada aku. Tapi bila aku fikir sebetulnya. Aku lebih mementingkan pelajaran aku. Aku tahu aku bias. Bias pada diri sendiri.


Aku sekarang sudah berada pada semester2 yang akhir. Jadi pada masa2 begini aku sangat perlu menjaga PMK ( yang telah pun jatuh merudum pada semester lepas ).


Oleh kerana kelas pada hari sabtu dan ahad. Banyak perkara yang perlu aku lepaskan. Dan adakalanya membuatkan aku terkilan serta ralat. Menjadikan aku seawal tahun ini menjadi penunggu setia opis.


Tapi.. melihat dari sudut lain pula ( usaha memujuk hati sendiri a.k.a defend mechanisme ) takkanlah semuanya aku dapat. Aku perlu memilih salah satu. Dan telah aku putuskan untuk memilih pelajaran aku. So.. aku kena redha
. Aku dah melepaskan peluang ke Vietnam, Thailand dan hari ni ke KL. Takpelah. Aku akan bertapa dalam opis ini.




p/s: Ada sesiapa yang nak temankan aku yg terkilan?.. Uhuk uhuk.. padan muke. Orang tamak selalu rugi, bagai anjing n bayang2. Yes!Yes! Tak mau tamak.

Thursday, April 1, 2010

.: syukur :.




Alhamdulillah..aku syukur dengan segala nikmat yang di beri olehNya pada aku.



Entah mengapa sering terlupa

Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga

Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan



Teman, ini bukan masanya untuk kita bincangkan tentang kerjaya kita. Kita bukan lagi remaja yang baru habis belajar yang masih terbanding2 kerja sendiri dengan kerja kawan2 lain.



Ini juga bukan masanya untuk kamu merasa "kecik" dengan aku. Aku lalui semua perkara yang kamu tak lalui. Begitu juga kamu. Kita masing-masing punya pengalaman. Di saat kamu semua berjaya.. aku masih lagi merangkak. Kamu takkan ingat aku yang tertinggal sendirian ini. Lalu.. benarkan aku menikmati masa aku. Takkan dengan apa yang sedikit aku ada ini kamu masih lagi ingin iri hati?


Kamu lupa.. kamu sudah punya keluarga yang bahagia..sedang aku masih sendiri.


Sungguh.. aku kecik hati dengan kamu..


p/s: Sedikit moody