Sunday, February 21, 2010

.: ke pantai itu :.

Aku bercuti di kampung dari 12/2/2010 - 19/2/2010. So.. selama di kampung, aktiviti aku cuma terperap di rumah dan sekali sekala keluar. Even jiran-jiran pun tak tahu aku balik. Tapi oleh kerana kereta aku ada tersidai di porch, jadi diorang tahu aku ada di rumah.


Satu tempat yang paling aku suka pergi kalau aku balik ialah pantai dekat rumah aku. Dulu-dulu masa zaman muda remaja ( skang tk muda sangat dah T_T) aku suka ke pantai ni bersama bespren aku. Lepak dengan dia dan bercerita tentang macam-macam. Tapi skang dia dh kawin n dah ada anak. Takkan aku nk ajak isteri orang lepak-lepak kat pantai kot?. Heh!




Kawasan batu-batu tu cantik. Pokok kelapa yg 3 tu dah nk jadi 2.Huhu


Yippi!!


tengah tengok anak sedara n kakak aku main air


p/s : Seronok kan kalau dapat jadi kanak-kanak semula?



Tuesday, February 9, 2010

.: terlebih manja = annoying! :.


Aku sekarang tengah sakit hati kepada mereka2 yang terlebih manja. Oh! biar ada spesifikasi kategori terlebih manja mengikut entry aku sekarang ini.


Jantina : lelaki/ ppuan/ lelaki + ppuan
Umur : 25 ke atas
Status : bujang dan sudah bekerja

Lokasi terlebih manja : opis?!

Orang yang kena terlebih manja : bos?!


Apa yang tak kena dengan spesifikasi di atas? Ye! tepuk!tepuk!.. tepat sekali. Orang dan juga lokasi. Sangat tidak sesuai untuk berbual dengan nada terlebih manja.


Fine!


Orang tu aku tk kisah. Lantak la. Nak terlebih manja ngan sapa pun. Tapi di opis? Di saat kerja berada di puncak maksimum?Di saat ada kehendak yang terlebih dan keperluan yang sarat perlu di penuhi dengan keadaan sumber manusia hanya 2 orang?


Aksi terlebih manja telah hampir2 menyebabkan aku hampir mengklonkan diri aku. Sebab aku perlu berada di 2 tempat pada satu masa. Ini menyebabkan aku faham, lelaki boleh menjadi blank/blur/tak boleh buat keputusan/ tak betul/ senget/ benget/ semata-mata ingin memenuhi kehendak untuk bersama-sama cik terlebih manja untuk berkursus. Meninggalkan aku seorang di opis dengan kerja yang sangat sarat!


Tolonglah ye? Aku tak minat spesis terlebih manja macam ni. Aku tiap-tiap hari rasa macam nak muntah dan geli telinga. Sila berdrama swasta di tempat lain. Aku tak pernah kisah kalau personaliti ko memang jenis terlebih manja. Tetapi tolong bertempat
. Dan kepada mereka yang suka menjadi mangsa terlebih manja. Juga sila berfikir dengan waras apabila membuat keputusan.


p\s:Ada sapa anjur kursus klon diri? Aku nk join

Thursday, February 4, 2010

.: jatuh cinta lagi.. lalala :.


Dah lama aku tak bercinta. So.. bila jatuh cinta lagi ni aku jadi teruja sendiri. Aku akui aku agak bz lately di opis dan juga di rumah. Tak kira la walau dihujung minggu sekalipun.


Aku sedang mabuk cinta. Bak kata orang, jalan pun dah tak berapa betul. Tapi.. aku berharap mabuk cinta ini segera berakhir. Aku tak berapa suka memulakan sesuatu yang aku minat tanpa menyudahkannya segera. Contoh, kalau aku membaca, aku tak sabar untuk habiskan. Aku akan makan, minum, mandi, tido dengan buku tersebut sampai aku habis ( buku-buku terpilih saje ye?).


Sekarang aku sedang bercinta, jadi aku ing
in supaya cinta ini cepat sampai ke penghujungnya ( aku masih belum menetapkan KPI ). Aku suka dia. Dah lama sebenarnya aku tengok dia. Dah beberapa tahun yang lalu. Tapi masa tu, aku juga sedang bercinta. Jadi.. aku cuma melihat dia dengan pandangan yang kosong.


Aku tak menyesal kerana lambat bercinta dengan dia. Sebab aku yakin, semua yang ditentukan adalah yang terbaik untuk aku. Sekarang aku cuba senyum, senyum dan senyum. Hati berbunga bahagia. Semalam aku bersama dia lagi. Balik je dari opis, aku menatap dia terlebih dahulu.Aku bersama dia hingga lewat malam. Sehingga di tegur oleh rumet aku. "sudah-sudah la tu". Aku cuma tergelak.



Aku tak susah hati, sebab dia ada berikan video dia pada aku. Jadi aku boleh menatapnya bila-bila aku mahu. Katanya, khusus untuk aku sekiranya aku rindu. Owh! Sangat romentik. Orang bercinta memanglah begitu kan?. Aku dah mintak permission dia untuk letakkan pic di blog aku. Dia ckp, "ok je!". Ini pic boipren aku yang terbaru.



Kurosaki Ichigo, hensem kan?.Heh!


p/s: Aku baru start tengok anime ni. Aku jadi geram sebab masih banyak lagi episod nak di tengok. So KPI aku by 20/2/2010 aku dah habis tengok sampai latest episod. Caiyok! Caiyok!