Thursday, July 30, 2009

.:dush! dush! dush! :.


27 julai 2009

8.30 am


Aktiviti - Bukak portal ( reaksi --> sedang senyum dgn manisnya )

Pertanyaan peribadi - Bayaran claim

Claim bulan 5 - Baru di daftarkan



Tindakan susulan --> dush! dush! dush! hantuk kepala kat pc!.

Tak senyum sepanjang hari



28 julai 2009

8.30 am


Aktivti - Bukak portal ( reaksi --> sedang tersenyum samil betul2 tudung)

Pertanyaan peribadi - Bayaran claim

Claim bulan 5 - Baru di daftarkan



Tindakan susulan --> dush! dush! dush! hantuk kepala kat pc!

Tudung senget sepanjang hari



29 Julai 2009

8.30 am


Aktiviti - Bukak portal ( reaksi --> sedang senyum samil touch up mekap kat idung )

Pertanyaan peribadi - Bayaran claim

Claim bulan 5 - Baru di daftarkan



Tindakan susulan - dush! dush! dush! hantuk kepala kat pc!

Hidung nampak tk mancung je sepanjang hari



30 Julai 2009

8.30 am


Aktiviti - tak bukak portal dah. Bukak email je



Moral of the story : Ketiadaan duit boleh menyebabkan seseorang itu mengalami simdrom hypertension. Oo... sebenarnya mengikut Bowen Siblings Position, aku sebenarnya boleh menghadapi cabaran. Patutlah dahi aku biru.. kenapa ye??

Monday, July 20, 2009

.: garfield :.

Aku mmg sangat sukakan kucing. Ada seekor kucing di rumah aku yg aku selalu usha. Malangnya kucing ni bukan jenis manja. Setiap kali aku nampak dan panggil dia 'chu..chu..chu..' mesti dia buat muke bodoh dan selamba. Aku dan teman sebilik namakan kucing ini GARFIELD. Sbb bulunya yang cantik dan muke yang selamba bodoh.

So, setiap kali aku nampak garfield aku akan cuba dekati dia. Tak percaya? Ada sekali tu masa aku balik dari kerja, aku terperasan garfield ada di bawah kereta jiran aku. Terjengket2 aku pegi rumah jiran aku dan snap pic garfield. Tada!! .. ni la hasilnya


garfied tgh relak dgn muke cuak

Pastu ada satu petang tu aku nampak dia lepak tepi kereta aku. Aku tk berani keluar rumah takut dia lari. Biarlah dia nk rehat. Aku cepat2 snap pic dia.

nampak ekor je pun


Last week aku borak dengan teman sebilik, tertanya2 ke mana garfield. Dah lama tk nampak dia. Aku rindu nk tgk dia selongkar tong sampah dengan muke selamba dia tu. Dia macam hilang je.

Jumaat lepas aku nk keluar dgn teman serumah aku. Aku perlu undur kereta aku dahulu sbb kereta aku kat belakang. Tetiba aku dgr suara kucing yang sangat sayu, mengiau kat aku. Aku naik heran... aku tgk keliling aku tk ada. Aku tgk bawah kereta.. aku nampak garfield terbaring dan aku bau busuk sangat. Rupanya garfield sakit. Kakinya berlubang dan berulat. Sbb tu bau busuk. Aku kesian sangat tgk dia, dia tk berhenti mengiau kat aku. Aku angkat garfiled dan letak atas paper..dan letak dia ke tepi.. kesianya garfield.Mesti dia sakit betul. Aku kebetulan nk keluar. Masa keluar.. aku teringat2 garfield n aku terdengar2 suara dia sayu mengiau kat aku. Aku dah bercadang2 nk letak minyak gamat. Tak kisah la apa pun.. janji letak ubat kat kaki dia. Tapi.. bila aku balik.. aku tgk garfield dah tkde :(

Sebenarnya.. sampai hari ni aku still terdengar suara garfield. Hopefully dia ok..

Wednesday, July 15, 2009

.: 10 alasan untuk tidak mengapdet blog :.


Aku sudah lama tak mengapdet blog ini. Sebenarnya itulah masalah utama aku sekiranya aku menjadi seorang blogger. Ini adalah blog aku yg ke LIMA @ 5.Huhu.. dan aku menjadi blogger since aku belajar lagi sampai dah keje skang ni. Dulu.. konsep @ peranan @ fungsi blog kepada aku adalah semata2 tempat untuk aku sharing tentang suka dan duka aku.. dan sebenarnya fungsi @ peranan @ konsep itu masih aku teruskan sehingga sekarang.

Itu sedikit sejarah tentang dunia blog aku.. selalunya aku akan bagi alasan "bz" kalo aku tk apdet blog. Kesian kat "bz" .. kalolah beliau boleh berkata2 tentu beliau marah kat aku kan?.. tapi aku dah tkmo menyalahkan bz lagi ( aku akan cuba guna perkataan lain untuk menggantikan "bz") Ok.. di sini aku senaraikan 10 sebab kenapa aku sudah lama tidak mengapdet blog

1. Aku sekarang kemiskinan. Bagaimana pulak kemiskinan ini boleh berkait rapat dengan kemalasan aku mengapdet blog? entah.. kamu fikirlah sendiri

2. Aku tengah marah dengan TMNET/ TMPOINT dan segala jenis TM yang ada di negara ni. Jadi bila marah.. tk boleh la apdet. Nanti lebih banyak cerita tentang bebelan aku sahaja

3. Aku tgh berangan untuk mendapatkan hp baru, tp tkde duit

4. Aku tensen sbb result aku jatuh

5.Aku amik banyak subjek untuk semester ini. Jadi masa aku akan banyak di habiskan untuk stadi dan membuat tugasan ( ye ke? )


6. Aku ada banyak kerja di opis ( tk sama dengan bz kan?)

7. Aku miss my femli. So next week aku akan balik kg. Pun tk tahu macam mana related dgn tahap kemalasan aku untuk apdet blog


8. Aku sedang buat ulasan jurnal tentang gay, lesbian dan yang sewaktu dengannya ( ada sapa nk tolong?)


9.
Aku sentiasa di tanya dengan soalan cepu emas ( bila nk kawin ? ) jadi itu membuatkan aku tidak boleh mengapdet blog

10. Rumah aku tkde internet!! Huwaaa!! TM kejam.. dah bayar bil tapi tetap tk masukkan lagi internet kat aku!!


Lega rasanya semuanya dah diluahkan di sini. Bagusla ada blog ini. Nanti aku rajin aku akan apdet blog aku hari2 kekekeke..


Moral of the story : Kalo menari tak pandai.. jgn la ckp kucing pun tk pandai menari..